Selamat Datang ke Haiqal Gold Trader

Selamat Datang ke Haiqal Gold Trader
Ahlan wahsahlan wal marhaban bikum....Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yg budiman.Selamat datang ke laman maya emas haikal.Disini kami ingin berkongsi ilmu & maklumat tentang emas di Malaysia (Semenanjung Emas) dan seluruh dunia.Kami juga menjalankan perniagaan emas & memberi khidmat nasihat/tunjuk ajar tentang jual beli emas.Marilah bersama kami mengembalikan kegemilangan emas nusantara.

Thursday 22 September 2011

PRICE LIST

Khamis,22 september 2011 Harga Emas:

haikal Gold :
Gold Bar 24k - RM188.95/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM192.16/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM194.16/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4607.87
DINAR (917-22K) -RM804.08
AGRO BANK :
999 - RM 216.00
916 - RM 205.00

Kedai Emas :
999 - RM 212.00
916 - RM 200.00

Friday 16 September 2011

Senarai Harga

Khamis, 15 september 2011 Harga Emas:

Haikal Gold :
Gold Bar 24k - RM188.82/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM192.03/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM194.03/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4642.79
DINAR (917-22K) -RM 803.55
AGRO BANK :
999 - RM 216.00
916 - RM 205.00

Kedai Emas :
999 - RM 212.00
916 - RM 200.00

Tuesday 23 August 2011

Selasa, 23 ogos 2011 Harga Emas:

HAIKAL Gold :
Gold Bar 24k - RM191.07/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM194.28/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM196.28/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4768.50
DINAR (917-22K) -RM 812.44

AGRO BANK :
999 - RM 203.00
916 - RM 192.90

Kedai Emas :
999 - RM 212.00
916 - RM 200.00

Monday 22 August 2011

PRICE LIST

Isnin, 22 ogos 2011 Harga Emas:

HAIKAL Gold :
Gold Bar 24k - RM188.03/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM191.23/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM193.23/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4772.00
DINAR (917-22K) -RM 800.42

AGRO BANK :
999 - RM 203.00
916 - RM 192.90

Kedai Emas :
999 - RM 212.00
916 - RM 200.00

Sunday 21 August 2011

Harga Emas Hari Ini 21/8/2011


HaiQal Gold 
Gold Bar (Cast) 24k - RM185.35/gram
Gold Bar (Minted) 24k - RM188.56/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM182.21/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM190.56/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4506.20
DINAR (917-22K) -RM 791.30


Ar-Rahnu Bank Rakyat :
24k 999.9 - RM201.73/gm
22k 916.0 - RM184.92/gm


Kedai Emas :
999 - RM 212.00/gm
916 - RM 200.00/gm


Beli & menabung emas hari ini dengan kami. Menabung emas ada kenaikan harga. Jika menabung wang tiada keuntungan atau kenaikan harga. Beli dengan kami kerana anda akan mendapat harga yang amat menguntungkan anda. Sebarang pertanyaan sila e-mail / hubungi 010-5326926.


Urusniaga cara mudah boleh di runding! Hubungi kami sekarang sebelum terlewat & harga emas makin meningkat! Inilah masanya untuk melabur secara bijaksana!









Friday 19 August 2011

Our Price List

Jumaat, 19 ogos 2011 Harga Emas:

Haikal Gold :
Gold Bar 24k - RM185.35/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM188.56/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM190.56/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4506.20
DINAR (917-22K) -RM 791.30
AGRO BANK :
999 - RM 203.00
916 - RM 192.90

Kedai Emas :
999 - RM 201.00
916 - RM 190.00

Sunday 14 August 2011

Harga Emas Hari Ini 17/8/2011

HaiQal Gold 
Gold Bar (Cast) 24k - RM180.49/gm
Gold Bar (Minted) 24k - RM189.82/gm
Rantai Tangan Pasir 24k - RM188.67/gm
Silver Bar 1kg 24k - RM4291.23
DINAR (917-22K) -RM 181.72/gm


Ar-Rahnu Bank Rakyat :
24k 999.9 - RM 206.43 /gm
22k 916.0 - RM 189.23/gm


Kedai Emas :
999 - RM 199.00/gm
916 - RM 189.00/gm


Beli & menabung emas hari ini dengan kami. Menabung emas ada kenaikan harga. Jika menabung wang tiada keuntungan atau kenaikan harga. Beli dengan kami kerana anda akan mendapat harga yang amat menguntungkan anda. Sebarang pertanyaan sila e-mail / hubungi 010-5326926.


Urusniaga cara mudah boleh di runding! Hubungi kami sekarang sebelum terlewat & harga emas makin meningkat! Inilah masanya untuk melabur secara bijaksana!






Friday 12 August 2011

Harga Emas Hari Ini 12/8/2011


HaiQal Gold 
Gold Bar (Cast) 24k - RM174.17./gram
Gold Bar (Minted) 24k - RM175.17/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM190.00/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4271.25
DINAR (917-22K) -RM 177.38/gm


Ar-Rahnu Bank Rakyat :
24k 999.9 - RM TBC /gm
22k 916.0 - RM TBC/gm


Kedai Emas :
999 - RM 201.00/gm
916 - RM 190.00/gm


Beli & menabung emas hari ini dengan kami. Menabung emas ada kenaikan harga. Jika menabung wang tiada keuntungan atau kenaikan harga. Beli dengan kami kerana anda akan mendapat harga yang amat menguntungkan anda. Sebarang pertanyaan sila e-mail / hubungi 010-5326926.


Urusniaga cara mudah boleh di runding! Hubungi kami sekarang sebelum terlewat & harga emas makin meningkat! Inilah masanya untuk melabur secara bijaksana!









Thursday 11 August 2011

Harga Emas Hari Ini 11/8/2011

HaiQal Gold 
Gold Bar (Cast) 24k - RM179.28/gram
Gold Bar (Minted) 24k - RM180.28/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM182.21/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM185.31/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM3820.00
DINAR (917-22K) -RM 772.07


Ar-Rahnu Bank Rakyat :
24k 999.9 - RM199.52/gm
22k 916.0 - RM182.89/gm


Kedai Emas :
999 - RM 201.00/gm
916 - RM 190.00/gm


Beli & menabung emas hari ini dengan kami. Menabung emas ada kenaikan harga. Jika menabung wang tiada keuntungan atau kenaikan harga. Beli dengan kami kerana anda akan mendapat harga yang amat menguntungkan anda. Sebarang pertanyaan sila e-mail / hubungi 010-5326926.


Urusniaga cara mudah boleh di runding! Hubungi kami sekarang sebelum terlewat & harga emas makin meningkat! Inilah masanya untuk melabur secara bijaksana!










Wednesday 10 August 2011

Harga Emas 9/8/2011

HaiQal Gold :
Gold Bar 24k - RM179.83/gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM183.03/gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM185.03/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4414.38
DINAR (917-22K) -RM 768.00

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 201.00/gm
916 - RM 190.00/gm

Monday 1 August 2011

Duit raya 1 Syawal

Salam Ramadhon Al Mubarak.jadikan hari lebaran tahun ini lebih bermakna dgn memberikan Dirham sebagai "duit raya" pd yg sanak saudara & sahabat handai.Sekurang-kurangnya ia blh menjadi simpanan bt mereka.Rebutlah peluang diatas kenaikan harga dinar & dirham yg  bakal melonjak lagi tahun ini.


Dapatkan Dirham yang lebih bernilai & semakin bernilai tinggi untuk hadiah Hari Raya menggantikan duit kertas yg di guna pakai kini.

Hubungi saya melalui e-mail.

Sunday 10 July 2011

DINAR DARUL AMAN





 DINAR DARUL AMAN
                                         
                                          Ketulenan        : 22 karat @ 916
                                          Berat                : 4.25g
                                          Saiz                  : 21mm diamtr.

Thursday 30 June 2011

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Tuesday 28 June 2011

[MARI MENJANA SAHAM RIBA]

[MARI MENJANA SAHAM RIBA]
Sekarang Bank (ISLAM) pun dah buat pinjaman Ala-ala MLM..Aduhaiii...

caranya :-
1) kadar bila anda pinjam, kadar faedah 4.99%.
2) pastu kena cari peminjam kedua dan jadi introduce. kadar kadar faedah turun ke 4.70%
3) then kalau nk rendahkan lagi kadar pinjaman tu ke 4.50% kena cari peminjam ke 3 dan jadi introduce. 
hehehee.... cukup dahsyat kempen utk mangajak ummat ISLAM buat riba.. 
Allahuakbar....... INSAFLAH sebelum terlambat.

"orang-² yg memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yg dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yg demikian ialah desebabkan mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yg telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelumpengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.."
al-baqara : 275

Friday 24 June 2011

HARGA EMAS TERKINI




Khamis, 30 Jun 2011 Harga Emas:

Haikal Gold :

Gold bar 24k - RM156.28gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM159.49gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM161.49/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM3995.84
DINAR (917-22K) -RM 674.94

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00



Selasa, 28 Jun 2011 Harga Emas:


Haikal Gold :

Gold bar 24k - RM156.15gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM159.35gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM161.35/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM3928.53
DINAR (917-22K) -RM 674.42

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00



Isnin, 27 Jun 2011 Harga Emas:

Haikal Gold :
Gold bar 24k - RM157.21gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM160.41gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM162.41/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM3919.60
DINAR (917-22K) -RM 678.60

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00



Sabtu, 25 Jun 2011 Harga Emas:


Haikal Gold :
Gold bar 24k - RM156.15gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM159.35gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM161.35/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM3950.05
DINAR (917-22K) -RM 674.42

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00





Khamis, 23 Jun 2011 Harga Emas:
Haikal Gold :
Gold bar 24k - RM159.98gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM163.19gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM165.19/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4124.66
DINAR (917-22K) -RM 689.58

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00





Rabu, 22 Jun 2011 Harga Emas:

 Gold :
Gold bar 24k - RM159.85gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM163.06gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM166.06/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4149.90
DINAR (917-22K) -RM 689.06

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :
999 - RM 177.00
916 - RM 167.00

Tuesday 21 June 2011

HARGA EMAS TERKINI


Rabu, 22 Jun 2011 

Harga Emas:


Haikal Gold :

Gold bar 24k - RM159.85gram
Rantai Tangan Gajah 24k - RM163.06gram
Rantai Tangan Pasir 24k - RM166.06/gram
Silver Bar 1kg 24k - RM4149.90
DINAR (917-22K) -RM 689.06

AGRO BANK :
999 - RM 176.00
916 - RM 161.00

Kedai Emas :

999 - RM 177.00
916 - RM 167.00



KENAPA ANDA HARUS BELI DARI KAMI


Kami khusus menjual & menawarkan harga murah bagi emas:


Emas Gajah 999.9 (50gm / 100gm)



Emas Jongkong Pamp Suisse Lady Fortuna 999.9 (50gm / 100gm)


Emas Jongkong Pam Suisse Cast 999.9 (100gm / 1kg)



Dinar Muslim 917

Friday 8 April 2011

harga emas

1.http://www.fgjam.org.my
2.http://publicdinar.com
3.http://www.kitco.com/charts/livegold.html
4.http://www.dinarkel.com

jangan tinggal solat

Renungan di hari Jumaat yang mulia...semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari segala kebaikan yang kita lakukan hari ini...insyaAllah...

Mahar & hantaran Dinar Emas




Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. sumber – Islam.gov.my

Pemberian mahar oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri. Antara dalil-dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri ialah :
Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
( Riwayat Bukhari )


Dari dalil diatas menerangkan pemberian mahar dari suami keatas isteri adalah wajib dan dari hadith diatas ternyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat.

Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah.



Ketika berhijrah ke Madinah 'Abdurrahman bin 'Auf, salah satu sahabat terdekat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, meninggalkan seluruh harta dan kekayannya di Mekah. Setiba di Madinah ia cuma minta ditunjukkan letak pasar dan merintis usaha yang baru, berdagang minyak samin dan keju. Dan ketika ia menikah tak lama kemudian, Rasulullah sallallhu alaihi wassalam, bertanya kepadanya:

"Berapa mahar yang engkau berikan kepada isterimu?"

"Sekeping (Dinar) emas," jawabnya.

Sebagaimana kita ketahui kemudian 'Abdurrahman bin 'Auf menjadi seorang pengusaha yang sangat kaya raya dan sangat dermawan. Ketika ia wafat, kepada empat istrinya, ia mewariskan harta masing-masing sebesar 80.000 Dinar emas.

Dari kisah ini kita mengetahui pula bahwa memberikan mahar kepada calon istri berupa Dinar emas merupakan sunah. Soal besarnya tidak ada ketentuan. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam tidak pernah menetapkannya, bahkan menyatakan agar pihak mempelai perempuan tidak memberatkan mempelai pria. Namun demikian, 'amal penduduk Madinah, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Malik, dalam kitabnya Muwatta, dapat dijadikan sebagai rujukan.
Dalam bab 28 tentang Pernikahan, Imam Malik meriwayatkan,

Malik berkata: "Aku tidak setuju jika wanita dapat dinikahi dengan [mas kawin] kurang dari seperempat Dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang [juga jumlah terendah] untuk mewajibkan pemotongan tangan karena mencuri".

Jadi, mahar kepada mempelai wanita, menurut 'amal Madinah, sekurang-kurangnya adalah seperempat Dinar emas.

Mungkin anda tidak pernah mendengar kisah pasangan yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin, pendedahan eksklusif ini membuktikan tradisi menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin kian mendapat sambutan. Bagi mereka yang mahu perjuangkan dinar dan dirham sebagai matawang islamik sebenar, anda boleh memulakannya sekarang, tukar mas kahwin dari duit kertas kepada dinar emas.

Ikuti kisah dibawah :-

“Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan."

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.

Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana "ingin kembali kepada tradisi Islam".
sumber – Arkib Utusan

Pernikahan antara M. Nasir dengan Marlia Musa berlangsung pada tahun 2000, dengan 13 dinar emas yang berharga RM2000, sudah 10 tahun berlalu. Apa yang menarik tentang kisah ini ialah penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas,malah dinar yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M. Nasir.

Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Saidina Umar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat) ,maka harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153, dan hari ini ( 22/2/2011) harga 1 dinar secara purata ialah RM650, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM8450.

Dan hari ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 3 dinar emas sahaja!!!

KU PERSEMBAHKAN UNTUK ISTERIKU TERCINTA

Emas sebagai alternatif untuk dijadikan hantaran kahwin dan mas kahwin. Emas tidak perlu dihiasi secantik hiasan kerana emas itu sendiri mempunyai kecantikan pada pandangan manusia. Kalau tradisi kita memberi hantaran dan mas kahwin dengan duit kertas, tak salah kalau hari ini kita berubah dengan menjadikan emas sebagai hantaran dan mas kahwin. 
Kepada kawan-kawan yang mahu ke jinjang pelamin, saya galakkan anda menggunakan dinar atau dirham sebagai mahar kepada bakal isteri anda.

Kepada wanita-wanita yang berada di luar sana yang ingin berkahwin, berbincanglah dengan pasangan anda tentang Mahar . Adakah anda mahu WANG KERTAS bernilai RM22.50 atau 1 Dinar Emas? Fikir-fikirkan...